mereka

Monday, May 20, 2013

tenang

BISMILLAH .

sewaktu aku belajar di pahang, aku pernah duduk di hostel dan rumah sewa.
which is, kau akan duduk dengan kawan bukannya dengan keluarga yang memang dah faham perangai kau.
jadi, untuk kau nak memuaskan hati semua orang dari macam-macam segi memang agak payah disitu.
paling utama, kau akan bersaing tentang pelajaran sebabnya kau duduk dalam kalangan orang yang belajar course yang sama dengan kau ambik.
jadi, nak tak nak kau kena terima and hadam.



dia pernah tanya aku
kenapa dalam kalangan orang
even sahabat yang paling dia sayang
asyik nak bersaing
tentang belajar tentang kehidupan
dan macam macam lagi

aku diam
dalam hati aku terdetik
orang yang suka bersaing
dia merasakan diri dia ingin maju ke hadapan
lebih dari orang lain
atau merendahkan orang lain
bergantung pada nawaitu yang dia rasakan

tapi jawapan aku yang keluar dari mulut,
tidak semua yang nak bersaing tu nak merendahkan kawan kawan
mungkin bagi dia
bersaing dapat push diri die over the limit
atau menjadi yang hebat dari yang terbaik

die tanya lagi
kau pernah ada kawan yang suka bersaing ?

aku kata
semua orang ada kawan yang suka bersaing
depends kat diri dia sendiri nak takrifkan
sama ada kawan itu sekadar ingin menjadi lawan
ataupun sengaja menjadikan itu sebagai semangat untuk berjaya.
jadi aku jawab "for sure, ada"

dia kata
habis tu kau buat apa?

aku balas
suka dia la nak buat apa
mungkin tu je cara dia nak puaskan hati dia untuk buat dia rasa dia lagi bagus berbannding orang lain
jadi aku biar je dia nak buat apa
yang penting dia bahagia
aku bukan lah orang yang baik (aku tahu itu dan sedar)
tapi kadang - kadang kalau dia nak cara itu
kita ikut je
nak memuaskan hati orang bukan senang

dia diam
dan berfikir, aku rasa.



sebenarnya ada orang yang rasa dia lagi bagus dari orang lain.
contohnya, konon-konon aku adalah yang paling teruk dalam kelas yang hebat.
tapi bila aku dimasukkan dalam kelas yang memang teruk,
aku akan rasa " at least, aku takda la seteruk dorang ni "
tu je pun dah cukup buat kau rasa hebat, sebenarnye.
(perumpamaan) 

jadi, sifat bersaing memang bagus, kalau caranya betul.
dan semua orang boleh terima cara itu.
lastly, semua tu bergantung dengan apa yang kau hadam dari cara-cara mereka.