mereka

Friday, November 1, 2013

Rezeki Dan Serius

BISMILLAH .

Alhamdulillah , aku dapat interview untuk company yang aku mintak tu .
tapi ,
aku ada a little bit problem ,
which is ,
the interview is held on 31.10.13 .
and guess what ?
aku baru baca that email today ,
which is ,
1.11.2013 .
Ya Allah .

sekarang ni , aku dah hantar email sebagai tanda maaf dan minta mereka tukar tarikh untuk interview .
aku harap mereka akan terima maaf aku ,
dan panggil aku semula .
InsyaAllah , kalau rezeki tu tak kemana .

*aku harap KAU pun ikut aku .

___________________________________

aku dah lama nak tulis tentang benda yang serius ,
aku rasa aku ada tulis ,
tapi kebanyakannya aku pun tak faham kenapa aku cuba tulis benda tu .
bukan tulis , tapi menaip .

aku suka bila cerita pasal sahabat .
aku suka bila cerita pasal masa depan (bukan kahwin punya hal)
aku suka bila cerita pasal buku luar kotak .
aku suka bila cerita pasal cerita hantu omputih .
aku suka bila cerita pasal drama omputih .
aku suka bila aku tau orang yang aku nak cerita ada sama pemikiran dengan aku . jadi maknanya aku bukan cerita sorang sorang .

kadang kadang orang tak faham kita ,
even sahabat , aku sayang sahabat aku .
dorang faham aku , tapi maksud aku kat sini .
mereka faham dari segi muka aku bila tak suka , marah , and so on .
reactions .

tapi pemikiran tentang buku , movie , kereta , handphone and sort of , tak semua sama .
yang sama mungkin dua , tiga , satu orang .
tapi yang itu seronok kan , sebab kau boleh dengar banyak opinion .


aku jugak suka bila aku bergaduh nak menegakkan benang yang basah .
tapi boleh apa tegakkan , kau sangkut je la kat paku and at the same time yang hujungnya kau pegang ,
tak ke tegak .
maksud aku , kalau kau rasa kau betul ,
pertahankan .
tapi kalau kau dah rasa gagal .
let it be .
dengar opinion orang pun okay what ?


*dengar , hayati , hadam , persoal , jawapan , rezeki .

Wednesday, October 30, 2013

Fin . End . Tamat .

BISMILLAH .

kau pergi kedai makan , order air , neslo ais .
lepas tu , air yang kau order sangat la sedap ,
tetibe pulak makcik tu buat sedap ,
elok je rasanye ,
kau rasa sayang nak habiskan ,
jadi kau minum sikit sikit .
sampai satu tahap tu , kau sedar ,
kau dah hirup air ais , bukan lagi neslo ais tu .
masa tu , ko mesti rase macam " alahhhhhhh , dah habis dah "
kau nak order lain , tapi mungkin yang kau order , tak sesedap yang kau dapat tadi .
jadinya , kau pasrah je la .

macam tu la sebenarnye kan .
bila kita nampak benda yang best je , atau apa yang boleh buat kita rasa happy .
mesti kita tak nak lepaskan .
tapi , faham sendiri la ,
lama lama benda tu akan hilang sendiri ,
kadang kadang kau tak sedar pun bila dia hilang ,
bila dah takde , baru kau sedar ,
tapi time tu , dah tak boleh buat apa dah .
pasrah je la .
kau yang mulakan dulu .
so , finish it by yourself .

that's what we called circle of life .

* i never meant to start a war I just wanted you to let me in .

Monday, October 28, 2013

Struggle

BISMILLAH .

aku menulis hari ni sebab aku rasa macam nak menulis .
minggu ni ,
macam macam aku kena hadap .
sabar .
hahahaha .

aku ada baca ,
kalau Allah bagi dugaan dekat kita ,
maknanya kita sedang diuji .
Dia nak tengok , adakah hambaNya sabar pada dugaan yang diberi .
korang pun tahu ,
Allah suka kalau hambaNya meminta dan meluahkan segala pada Dia .
seronokkan ?

tak perlu nak bagitahu bagitahu pada leplep korang kalau ada masalah .
kadang kadang leplep kau bukan dengar pun ,
dia dengar tapi , ko puas camtu je .
memang la orang kata kalau cerita masalah , cerita kan je pun dah cukup buat kau rasa tenang .
tapi ada bezanya .

Allah akan dengar segala rintihan kita ,
Dia akan memberikan kita lebih baik dari apa yang kita pinta .
Dia tahu apa yang terbaik untuk kita .
jadi ,
kalau apa yang kau nak kau tak dapat ,
maknanya ,
Dia ada perancangan yang lebih baik untuk kau .
just , you need to be patient .

kalau Dia tak bagi hari ni ,
Dia bagi esok .
kalau Dia tak bagi esok ,
Dia bagi minggu depan .
kalau Dia tak bagi minggu depan ,
Dia bagi tahun depan .
kalau Dia tak bagi tahun depan ,
Dia bagi masa kat akhirat nanti .
lagi indahkan ? :)

* rezeki , jodoh , ajal , semuanya ditangan Allah . aku tahu rezeki ada di mana mana . :)

Friday, October 18, 2013

Fikir dan Nyanyuk

BISMILLAH .

aku berfikir .
jauh .
kenapa ?
tah , saja je aku paksa otak aku untuk berfikir pagi-pagi buta ni .
haha .

banyak berfikir , buat otak kita cergas .
tapi ,
kalau time nak tidur tu ,
kau berfikir tentang kahwin la , kerja rumah la , kerja untuk esok la ,
memang kejadah je la .
takkan dapat kau nak tidur .
percayalah .
aku selalu buat .
harharhar .

ayah aku pernah cakap pasal kenapa orang tua jadi nyanyuk .
kau tau kan nyanyuk ?
selalu jadi dekat warga emas .
kadang - kadang kat aku pun jadi .
ok ,
abah cakap , orang nyanyuk ni sebab dia kurang membaca .
means : mungkin , masa dia muda mudi dulu , dia malas membaca ,
jadi otak dia kurang berjalan .
ni , apa yang aku rasa .
tolong betulkan aku , kalau aku salah .

otak kita kan ade banyak benda yang kene di connect kan ,
jadinya bile tidak di connect ,
ape gunanya dia ada di situ , dari situ la kot dia bermula ,
proses nyanyuk .
aku rasa , kalau salah , tolong betulkan juga .

*apa yang aku merepek tah .

Monday, October 7, 2013

Kacau Bilau

BISMILLAH .

kacau .
serabut .
pening .
fikiran dah tak betul .

kenapa jadi begini ?
sebab ,
mungkin :
a) aku rindukan mak abah aku sebab mereka jauh menunaikan Haji .
b) aku penat fikir masalah hati dan perasaan aku
c) aku penat fikir masa depan yang aku tak nampak
d) aku tak larat nak tahan perasaan aku , bila aku nampak benda tu hari-hari
e) fasal soal belajar

result : campurkan A dengan E , darab dengan C (D) , bahagi dengan B .
          infniti .

aku jadi celaru .
Ya Allah , tunjukkan lah aku jalan yang betul , Amin . :)

* cerita ENOUGH mendalam .
* rindu mak abah :(

Friday, September 27, 2013

Kepercayaan (BELIEVE)

BISMILLAH .

Rahsia Hati Tak Siapa Yang Tahu .

haha ,
aku ada je rahsia , pasal diri aku , kawan-kawan aku , semua la .
tapi , aku kena pandai simpan ,
bak kata pepatah ,
biar pecah di perut , jangan pecah di mulut .

setiap rahsia yang orang bagitahu kita ,
mestilah kita simpan .
sebab utama kenapa dia bagitahu kita ,
sebab : KEPERCAYAAN 
yes ! sifat believe dia terhadap kau .
dia akan pastikan kau takkan beritahu sesiapa tentang apa yang dia cakap tu .

tapi ,
benda yang namanya KEPERCAYAAN ni ,
susah sikit nk kekal lama .
once kau dah rosakkan ,
KEPERCAYAAN tu hilang berkecai macam tu je .
dari 200% ke 21% .
tak ke banyak menjunam peratus benda tu .

aku ada sahabat yang mana sangat tidak percaya pada orang yang walaupun orang tu baru berjinak jinak nak menipu dia .
dia akan terus takkan percaya .
sebab bagi dia , sekali kau menipu , maknanya , kau akan cuba untuk menipu lagi .
aku sangat gerun dengan pendirian dia .
sebabnya ,
aku adalah orang yang akan cuba menipu untuk tutup kesalahan aku ,
jadi , bila dengan dia ,
entah kenapa ,
aku jadi sangat jujur . (alangkah bagusnya , kalau sifat itu bukan temporary)
tapi , aku tau , kalau kau dah salah , mengaku will make you feel much better than you try to keep it as a secret .

sepanjang 21 tahun aku hidup di bumi Allah yang indah ni ,
aku dapati , orang akan lebih percaya untuk cerita masalah , rahsia , pada orang yang dia selesa .
aku tak tahu la , aku ni jenis yang dapat buat orang sangat comfortable dengan aku ke ,
but what make me so sure is ,
every time , someone have a problem , they try to tell me ,
secara tersirat atau tersurat .
kadang - kadang , aku tengah duduk duduk tunggu kawan aku ,
tetiba ada kawan aku ni , tapi kelas lain , akan datang dan try keluarkan bunga bunga bicara tentang apa yang dia rasa .
as a human yang ade sifat humanity ,
aku akan dengar , dan bagi pendapat aku .
(sahabat aku cakap , aku salah ambil kos : patutnya ambik kaunseling)

even soal chenta pun dorang tanya ,
tahukah kamu bahawa aku hanya ada satu pengalamn berchenta .
dan dua pengalaman di reject .
haha .
tapi , aku tetap gagah dalam memberi pandangan ,
aku bagi semangat , yang penting , ayat yang dapat memotivasikan mereka .

tapi susahnya menjadi orang pendengar setia ni , adalah
kau kena memastikan , tak cerita aib orang .
masa tulah kepercayaan kau akan diuji .
harharhar .

the truth is : bila orang dah percaya , maknanya , dia yakin yang kita akan try to support and give some motivational words . and KEEP the secret well .

untuk kamu : belajar elokelok
untuk my dear sahabat : thanx for believe me so well

Thursday, September 26, 2013

Persoalan dan Jawapan

BISMILLAH .

aku ramai kawan ,
memang tak dapat aku nafikan .
tapi ,
tak semuanya jujur dalam berkawan .
sahabat aku ade sedikit ,
5 orang .
bagi aku mereka semua sangat jujur , amat memahami .
serius .

sebelum ni ,
aku ada kawan , yang boleh aku katakan sebagai teman baik ,
bukan sahabat bukan kawan , just as teman .
aku rapat dengan dia .

pada mulanya , everything going smoothly ,
lama - lama aku rase berantakan .
haha .
aku tak nampak masa bila ia berantakan .
mungkin banyaknya salah pada aku .
terlalu banyak persoalan yang dia tanyakan ,
dan aku tak banyak memberi jawapan ,
lebih pada mengelak .

bila aku memberi soalan ,
jawapannya agak menyakinkan aku .
bila fikirkan balik , kenapa aku tak boleh jadi macam dia .
mungkin aku main tarik tali dengan dia .
lama - lama , dia jadi bosan ,
tiada persoalan untuk aku lagi ,
jawapan dah tersedia , soalan tiada .
ibarat macam kau dah kenyang , tapi kau makan apa ?

sekarang ,
aku cuba tanyakan dia persoalan yang aku rasa senang untuk diberi jawapan ,
tapi ,
dia memberikan aku jawapan yang agak samar .
tak menyakinkan aku .
sangat kurang ajar .
tapi aku pun sama macam tu .
aku salah didik teman aku , aku fikir .

kini , setiap persoalan , ambil masa yang agak lama untuk aku dapatkan jawapan .
bayangkan , aku tanya " dah makan ? "
take about 3 days to say the simple word " sudah "
3 hari ? wadehel .

diamkan diri lagi bagus .
taknak bersoal , tiada jawapan .
cuba jadi realistik .
tak berpegang pada ayat hiperbola .
cuma tenang , terima kenyataan .

hubungan teman , sudah jauh .
tenggelam .
hilang sedikit .
keyakinan pudar .
kepercayaan pecah .
mesej bodoh .
fesbuk jadi ikatan .
borak sekejap , hilangnye lama .

faham .
mengerti .
putus .
sudah .
thank you , kamu .

Tuesday, September 17, 2013

Cita Dan Hati

BISMILLAH .


kisah bermula ,
bila aku kenal hati dalam masa yang singkat .
dalam masa yang sama , aku ada cita .
tapi aku layankan je hati sebab aku still yakin dengan cita aku , yang dah lama dengan aku .

start from that point ,
aku rapat dengan hati ,
aku rasa menjadi habit aku bila hari - hari aku rasa perlu berhubungan dengan dia .
tapi aku tetap tidak lupakan cita , sebab cita sudah lama aku kenali .

bila lama - lama , aku rasa aku telah menculik hati
tapi , aku masih sayangkan cita .
jadi aku perlu pilih , antara cita dan hati .

bila aku suarakan pada kawan tentang hati ,
kawan mengatakan hati telah menculik aku , and vice versa .
sama ada aku mahu terima atau tidak , depends .
aku rasa ,
tak perlu kan hati buat masa itu ,
kerana cita yang amat aku perlukan di masa itu .
tanpa cita , aku tak akan berjaya ke mana - mana .

apabila , cita sudah selesai ,
aku bersyukur ,
kerana hati masih dengan aku .

bila aku sibuk dengan kerjaya ,
hati mulai jauh ,
salah aku , aku fikir .
aku cuba dekatkan jurang yang jauh semula .
tapi jadi awkward pula .

aku cuba menculik semula hati ,
tapi ,
hahahaha ,
aku lambat .
hati sudah jumpa jiwa .
padan muka aku .

cerita pada kawan ,
semuanya salah aku , hahahaha .
memang betul ,
lepaskan peluang yang ada .
menyesal tak guna .
diam .
jauhkan diri .
lebih baik .

cita masih dengan aku . sampai bila - bila .
Alhamdulillah :)

terima kasih hati .
serius , terima kasih .
mintak maaf .

Monday, May 20, 2013

tenang

BISMILLAH .

sewaktu aku belajar di pahang, aku pernah duduk di hostel dan rumah sewa.
which is, kau akan duduk dengan kawan bukannya dengan keluarga yang memang dah faham perangai kau.
jadi, untuk kau nak memuaskan hati semua orang dari macam-macam segi memang agak payah disitu.
paling utama, kau akan bersaing tentang pelajaran sebabnya kau duduk dalam kalangan orang yang belajar course yang sama dengan kau ambik.
jadi, nak tak nak kau kena terima and hadam.



dia pernah tanya aku
kenapa dalam kalangan orang
even sahabat yang paling dia sayang
asyik nak bersaing
tentang belajar tentang kehidupan
dan macam macam lagi

aku diam
dalam hati aku terdetik
orang yang suka bersaing
dia merasakan diri dia ingin maju ke hadapan
lebih dari orang lain
atau merendahkan orang lain
bergantung pada nawaitu yang dia rasakan

tapi jawapan aku yang keluar dari mulut,
tidak semua yang nak bersaing tu nak merendahkan kawan kawan
mungkin bagi dia
bersaing dapat push diri die over the limit
atau menjadi yang hebat dari yang terbaik

die tanya lagi
kau pernah ada kawan yang suka bersaing ?

aku kata
semua orang ada kawan yang suka bersaing
depends kat diri dia sendiri nak takrifkan
sama ada kawan itu sekadar ingin menjadi lawan
ataupun sengaja menjadikan itu sebagai semangat untuk berjaya.
jadi aku jawab "for sure, ada"

dia kata
habis tu kau buat apa?

aku balas
suka dia la nak buat apa
mungkin tu je cara dia nak puaskan hati dia untuk buat dia rasa dia lagi bagus berbannding orang lain
jadi aku biar je dia nak buat apa
yang penting dia bahagia
aku bukan lah orang yang baik (aku tahu itu dan sedar)
tapi kadang - kadang kalau dia nak cara itu
kita ikut je
nak memuaskan hati orang bukan senang

dia diam
dan berfikir, aku rasa.



sebenarnya ada orang yang rasa dia lagi bagus dari orang lain.
contohnya, konon-konon aku adalah yang paling teruk dalam kelas yang hebat.
tapi bila aku dimasukkan dalam kelas yang memang teruk,
aku akan rasa " at least, aku takda la seteruk dorang ni "
tu je pun dah cukup buat kau rasa hebat, sebenarnye.
(perumpamaan) 

jadi, sifat bersaing memang bagus, kalau caranya betul.
dan semua orang boleh terima cara itu.
lastly, semua tu bergantung dengan apa yang kau hadam dari cara-cara mereka.