mereka

Friday, November 1, 2013

Rezeki Dan Serius

BISMILLAH .

Alhamdulillah , aku dapat interview untuk company yang aku mintak tu .
tapi ,
aku ada a little bit problem ,
which is ,
the interview is held on 31.10.13 .
and guess what ?
aku baru baca that email today ,
which is ,
1.11.2013 .
Ya Allah .

sekarang ni , aku dah hantar email sebagai tanda maaf dan minta mereka tukar tarikh untuk interview .
aku harap mereka akan terima maaf aku ,
dan panggil aku semula .
InsyaAllah , kalau rezeki tu tak kemana .

*aku harap KAU pun ikut aku .

___________________________________

aku dah lama nak tulis tentang benda yang serius ,
aku rasa aku ada tulis ,
tapi kebanyakannya aku pun tak faham kenapa aku cuba tulis benda tu .
bukan tulis , tapi menaip .

aku suka bila cerita pasal sahabat .
aku suka bila cerita pasal masa depan (bukan kahwin punya hal)
aku suka bila cerita pasal buku luar kotak .
aku suka bila cerita pasal cerita hantu omputih .
aku suka bila cerita pasal drama omputih .
aku suka bila aku tau orang yang aku nak cerita ada sama pemikiran dengan aku . jadi maknanya aku bukan cerita sorang sorang .

kadang kadang orang tak faham kita ,
even sahabat , aku sayang sahabat aku .
dorang faham aku , tapi maksud aku kat sini .
mereka faham dari segi muka aku bila tak suka , marah , and so on .
reactions .

tapi pemikiran tentang buku , movie , kereta , handphone and sort of , tak semua sama .
yang sama mungkin dua , tiga , satu orang .
tapi yang itu seronok kan , sebab kau boleh dengar banyak opinion .


aku jugak suka bila aku bergaduh nak menegakkan benang yang basah .
tapi boleh apa tegakkan , kau sangkut je la kat paku and at the same time yang hujungnya kau pegang ,
tak ke tegak .
maksud aku , kalau kau rasa kau betul ,
pertahankan .
tapi kalau kau dah rasa gagal .
let it be .
dengar opinion orang pun okay what ?


*dengar , hayati , hadam , persoal , jawapan , rezeki .

Wednesday, October 30, 2013

Fin . End . Tamat .

BISMILLAH .

kau pergi kedai makan , order air , neslo ais .
lepas tu , air yang kau order sangat la sedap ,
tetibe pulak makcik tu buat sedap ,
elok je rasanye ,
kau rasa sayang nak habiskan ,
jadi kau minum sikit sikit .
sampai satu tahap tu , kau sedar ,
kau dah hirup air ais , bukan lagi neslo ais tu .
masa tu , ko mesti rase macam " alahhhhhhh , dah habis dah "
kau nak order lain , tapi mungkin yang kau order , tak sesedap yang kau dapat tadi .
jadinya , kau pasrah je la .

macam tu la sebenarnye kan .
bila kita nampak benda yang best je , atau apa yang boleh buat kita rasa happy .
mesti kita tak nak lepaskan .
tapi , faham sendiri la ,
lama lama benda tu akan hilang sendiri ,
kadang kadang kau tak sedar pun bila dia hilang ,
bila dah takde , baru kau sedar ,
tapi time tu , dah tak boleh buat apa dah .
pasrah je la .
kau yang mulakan dulu .
so , finish it by yourself .

that's what we called circle of life .

* i never meant to start a war I just wanted you to let me in .

Monday, October 28, 2013

Struggle

BISMILLAH .

aku menulis hari ni sebab aku rasa macam nak menulis .
minggu ni ,
macam macam aku kena hadap .
sabar .
hahahaha .

aku ada baca ,
kalau Allah bagi dugaan dekat kita ,
maknanya kita sedang diuji .
Dia nak tengok , adakah hambaNya sabar pada dugaan yang diberi .
korang pun tahu ,
Allah suka kalau hambaNya meminta dan meluahkan segala pada Dia .
seronokkan ?

tak perlu nak bagitahu bagitahu pada leplep korang kalau ada masalah .
kadang kadang leplep kau bukan dengar pun ,
dia dengar tapi , ko puas camtu je .
memang la orang kata kalau cerita masalah , cerita kan je pun dah cukup buat kau rasa tenang .
tapi ada bezanya .

Allah akan dengar segala rintihan kita ,
Dia akan memberikan kita lebih baik dari apa yang kita pinta .
Dia tahu apa yang terbaik untuk kita .
jadi ,
kalau apa yang kau nak kau tak dapat ,
maknanya ,
Dia ada perancangan yang lebih baik untuk kau .
just , you need to be patient .

kalau Dia tak bagi hari ni ,
Dia bagi esok .
kalau Dia tak bagi esok ,
Dia bagi minggu depan .
kalau Dia tak bagi minggu depan ,
Dia bagi tahun depan .
kalau Dia tak bagi tahun depan ,
Dia bagi masa kat akhirat nanti .
lagi indahkan ? :)

* rezeki , jodoh , ajal , semuanya ditangan Allah . aku tahu rezeki ada di mana mana . :)

Friday, October 18, 2013

Fikir dan Nyanyuk

BISMILLAH .

aku berfikir .
jauh .
kenapa ?
tah , saja je aku paksa otak aku untuk berfikir pagi-pagi buta ni .
haha .

banyak berfikir , buat otak kita cergas .
tapi ,
kalau time nak tidur tu ,
kau berfikir tentang kahwin la , kerja rumah la , kerja untuk esok la ,
memang kejadah je la .
takkan dapat kau nak tidur .
percayalah .
aku selalu buat .
harharhar .

ayah aku pernah cakap pasal kenapa orang tua jadi nyanyuk .
kau tau kan nyanyuk ?
selalu jadi dekat warga emas .
kadang - kadang kat aku pun jadi .
ok ,
abah cakap , orang nyanyuk ni sebab dia kurang membaca .
means : mungkin , masa dia muda mudi dulu , dia malas membaca ,
jadi otak dia kurang berjalan .
ni , apa yang aku rasa .
tolong betulkan aku , kalau aku salah .

otak kita kan ade banyak benda yang kene di connect kan ,
jadinya bile tidak di connect ,
ape gunanya dia ada di situ , dari situ la kot dia bermula ,
proses nyanyuk .
aku rasa , kalau salah , tolong betulkan juga .

*apa yang aku merepek tah .

Monday, October 7, 2013

Kacau Bilau

BISMILLAH .

kacau .
serabut .
pening .
fikiran dah tak betul .

kenapa jadi begini ?
sebab ,
mungkin :
a) aku rindukan mak abah aku sebab mereka jauh menunaikan Haji .
b) aku penat fikir masalah hati dan perasaan aku
c) aku penat fikir masa depan yang aku tak nampak
d) aku tak larat nak tahan perasaan aku , bila aku nampak benda tu hari-hari
e) fasal soal belajar

result : campurkan A dengan E , darab dengan C (D) , bahagi dengan B .
          infniti .

aku jadi celaru .
Ya Allah , tunjukkan lah aku jalan yang betul , Amin . :)

* cerita ENOUGH mendalam .
* rindu mak abah :(